Thursday, 15 January 2015

Malang Tak Berbau..



Assalammualaikum..

Kejadian ni berlaku semalam... semalam adalah hari yang sangat memeningkan dan memenatkan penuh duka dari suka.. kenapa dengan tajuk aku ni.. malang tak berbau... semalam motor kak su.. merangkap akak rumah aku hilang.. dah la yang kena berhadapan dengan situasi tu aku.. semua macam tak nak percaya aku bila aku cakap motor tak ada.. haish..

Dengan semalam banyak yang aku plan nak setelkan untuk kemasukkan sambung belajar aku tuh.. semua jadi tunggang langgang.. sian aku tengok kak su.. menangis yang tahap aku pun tak tahu.. ralat sangat bila motor tuh kita beli dengan duit gaji first kita kan.. lagi la sedih.. nasib baik jugak semalam aku cuti... pinjam kereta membe dia.. drive pergi kajang untuk ambil semua dokumen nak buat report and claim insurance.. harap dia dapat la full payment insurance sekurangnya ada la balik duit yang dia dah habis bayar motor tuh... motor apa??


Motor yang orang ramai memang nak and cari lagi-lagi budak muda.. rasanya memang pencuri tuh dah aim motor akak ni.. sebab tuh la senang jer hilang...memang malam kejadian tuh akak tuh dengar ada orang menjerit-jerit cakap "woi, ko buat apa tuh" tapi dah kita duduk rumah flat tingkat 7.. kita jadi tak ambil tahu dengan dah malam buta... takut jugak la kan nak menjenguk.. tu la kan malang tak berbau.. kalau ada bau.. dah lari dah standby siap sebelah motor.. hahaha

Apa pun aku harap kak kuat untuk redha and ikhlas kan kejadian ni jadi.. in sha ALLAH ada hikmah di sebalik kejadiannya.. aaminn..


No comments: