Monday, 5 January 2015

Istiqamah..



Assalammualaikum..

Tajuk entry aku kali ni pasal istiqamah.. apa tu istiqamah? yang aku faham dan yang aku baca, istiqamah ialah : Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun..

Kenapa aku pilih tajuk ni harini? sebab itulah azam aku untuk kali ni.. in sha ALLAH.. iya mungkin aku dah ikut segala segala suruhan tetapi adakala aku terleka juga dengan godaan yang menyebabkan aku alpa dan lalai dalam urusan akhirat aku sendiri..

Selepas semua kejatuhan yang aku rasa akibat cinta manusia... disaat aku sendiri.. aku fikir dan renungi kembali segala yang pernah aku lupa tentang DIA yang utama.. ada satu kekuatan yang melonjak untuk aku berubah mencari kembali jalan untuk kembali mengejar cintaNYA yang hakiki dan pasti..

Aku bukan lah pendakwah yang punya banyak ilmu untuk aku kongsi dan ajar.. aku cuma insan biasa yang sudah dijentik jiwanya untuk mengenal kembali penciptanya.. untuk mengejar syurganya... ramai yang sudah mula terkejut dengan penampilan aku..

Perlahan-lahan aku cuba melabuhkan tudung aku.. menutup apa yang sepatutnya.. perlahan aku cuba menutup lengan yang terdedah.. perlahan aku cuba melindungi kaki.. biarlah ianya tidak nampak ketara.. dan tak perlu la aku menunjuk sejauh mana iman aku bagi menunjukkan yang kini aku sudah berubah.. aku berubah kerana ALLAH tidak perlu aku terima pujian dari manusia dan aku terima andai ada cemuhan yang membinasa... semua itu ujian dari yang esa..


Selepas kesilapan yang pernah aku lakukan dan hanya ALLAH yang paling Maha Mengetahui... aku semakin kuat untuk semua ini.. niat aku satu.. kesilapan mungkin tak dapat aku ubah tapi aku perlu berubah agar kesilapan tak berlaku lagi.. in sha ALLAH..

No comments: