Tuesday, 30 December 2014

Terjemah Mimpi??



Assalammualaikum..

Dah lama rasanya aku tak curi sedikit masa untuk aku coretkan kisah aku dalam blog ni... akibat kekangan masa dan jugak masalah-masalah peribadi yang tak dapat di elakkan.. aiiceehhh.. hahahaha.. aku cuma tak ada masa jer.. biasa la hujung tahun kan semua benda nak closing itu nak tukar ini nak tukar.. so dikesempatan dalam kesempitan masa yang ada aku cuba la menulis sebanyak mungkin cerita yang aku akan share nanti yer.. hehe..

Firstly, aku nak cerita pasal terjemah mimpi.. betul ke setiap mimpi tu akan ada maksud?? bila aku tanya dekat Mr Google memang banyak sangat jawapan... tapi cuba la spesifikkan dalam carian islam ker kan.. nak percaya ke tak itu pada diri.. setakat menambah ilmu apa salah... hehehe..

Okeh aku dah melalut macam nak berceramah pulak.. sebenarnya sejak dua menjak ni aku selalu sangat mimpi bertunang aku pun tak tahu kenapa.. bila bangun je aku gelak sendiri.. apa la benda yang aku mimpi ni.. hahaha.. tapi bila aku search dekat Mr Google and aku bukak website ni Tafsir Mimpi aku jumpa jawapan ni :


Okeh tu aku nak gelak part kahwin... tapi part segala perancangan yang sedang diatur akan beroleh kejayaan tu aku harap in sha ALLAH jadi kenyataan.. sebab ada perancangan besar yang aku cuba capai dalam hidup aku sekarang ni.. aaminn.. semuanya dengan izin ALLAH...

So pesanan kat sini siapa nak tafsir mimpi dia pergi la kat website yang aku dah link kan pun.. search la apa yang korang nak search jangan percaya 100% pulak... tergelincir iman nanti.. selamat beramal.. hehehe.. tak pasal aku ni.. adios untuk waktu ni..

No comments: