Tuesday, 30 December 2014

Dia Lebih Baik..



Assalammualaikum..

Dia lebih baik? siapa? bila aku nak tulis entry pasal ni.. serta merta hati aku rasa pedih dan aku jumpa gambar yang aku pernah nampak orang bagi pada aku.. and tu sangat menyakitkan..


Dari gambar ni jer dah tahu pasal siapa yang aku akan tulis.. gambar ni adalah gambar profile whatssap Aizad Izwan(AI).. dan status yang berserta dengan gambar ni adalah "Matanya, pipinya,senyumannya".. okeh tu sangat pedih sebenarnya... mungkin ini rasa yang dia rasa saat aku tak ada dengan dia.. and aku faham tuh..

Sekarang dia dah jumpa Mrs Right dia.. aku tahu dia lebih terbaik dari aku dari segala aspek.. aku bersyukur tuh.. akhirnya dia temu bahagia dia.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.. cuma kadang-kadang aku takut dengan kisah silam antara aku dengan dia yang membuatkan aku lemah andai dia dapat lebih terbaik dari aku... tapi aku ingat nasihat abang ofis aku.. "Kalau dia dapat yang terbaik itu rezeki dia, siapa kita untuk halang ALLAH bagi sesuatu pada hambaNYA tapi jangan lupa juga mungkin ALLAH akan bagi yang lebih terbaik dari apa yang kita ada" aku ingat kata-kata tuh.. dan bila saat aku mendoakan yang buruk tentang dia aku akan ingat pesan akak rumah aku " itu bukan mendoakan, itu dengki"..

Selama kejauhan ni.. banyak benda yang aku tengok dengan persepsi yang lebih meluas.. kenapa benda ni jadi macam ni, kenapa benda tu jadi macam tu.. jangan letakkan kesalahan pada diri orang lain.. tapi mengaku kekurangan diri sendiri dan kesalahan sendiri..

Bila aku bersunggut AI lepaskan aku dan buang aku ketepi sampai lupa siapa yang sentiasa membantu disisi.. abang ofis aku nasihat " pertolongan yang ikhlas tak mengharapkan balasan, kalau myra ikhlas tolong dia, jangan pernah mengharapkan balasan, in sha ALLAH.. balasan itu ALLAH yang akan beri tak di dunia mungkin juga akhirat nanti"..

Ramai insan sekeliling aku yang tahu kepayahan aku, kesakitan aku, bagi nasihat, dorongan yang membina untuk aku terus bangun, ikhlaskan AI pergi.. mungkin kerana aku masih terperangkap dalam memori yang susah dipadam buat aku jadi macam ni.. bukan aku tak nak pergi tapi semakin aku lari.. kenangan makin mengejar untuk menghampiri..

Tapi aku yakin.. AI tak akan kembali mencari lagi... dengan bahagia yang dia ada... dia akan lupakan semua kata dan janji nya yang kini buat aku terperangkap sendiri.. janji untuk kembali mendapatkan aku kembali dan akan pastikan hanya dia yang duduk dipelamin dengan aku.. aku berharap? mungkin tapi aku tersalah mengharap.. harapan tu cuma seketika.. tidak selamanya..

AI pesanan aku yang terakhir.. sekali kau lepaskan aku pergi begini.. jangan pernah kau kembali lagi.. sebab sakit yang kau tinggalkan, harapan dan impian yang kau hancurkan lebih pedih dari apa yang pernah aku rasa dulu.. aku ikhlas mendoakan kau bahagia.. kerana ALLAH dan aku bersyukur juga kau pergi kerana aku mampu kembali kepada cinta yang kekal abadi.. cinta ILAHI..

kita terpesong jauh.. hingga lupa pada DIA mungkin ini yang harus diterima.. aku ikhlas lepaskan semua dan maafkan kesalahan yang ada.. kerana aku tak sanggup hidup terus dengan kenangan kita.. aku akan lupakan segala, semua, tentang kau, tentang kita, in sha ALLAH..

Terima Kasih ALLAH..



No comments: