Sunday, 16 November 2014

Takdir..



TAKDIR

Tak pernah aku menyangka
Akhirnya engakau yang aku cinta
Setelah sekian lama
Kita berperang dengan rasa yang sama

Adakah masih ada rindu
Adakah kau masih menunggu
Adakah kau masih setia disitu
Adakah kau tercipta untukku

Akhirnya aku dapat jawapan itu
Jawapan yang selama ini aku tunggu
Kau msih setia disitu
Masih merindui diriku

Tak pernah aku duga
Tak pernah aku sangka
Orang yang tak pernah wujud bagiku
Yang penting bagi diriku
Menyimpan perasaan cinta padaku

Tak tercapai dek akal
Saat kau lafazkan cinta
Saat kau lafaazkan rindu
Buat pertama kalinya

Aku terima dengan niat yang satu
Kau ikhlas menyintaiku
Kau ikhlas menyayangiku
Walaupun ramai yang menentangmu

Percintaan kita terlalu indah 
Sehingga ada yang menabur fitnah
Kau berperang dengan jiwa
kau berperang dengan rasa

Kau diam bisu membeku
Membuat aku terpaku lesu
Mencari jawapan atas apa yang berlaku
Saat itu aku berperang dengan perasaan rindu
Yang hanya mampu aku pendam dalam kalbu

Kesepian kau membuat aku terluka
Kesepian kau membuat aku sengsara
Tiada khabar atau berita
Aku redha andai ini takdir kita

Dalam rindu dalam setia
Hanya doa yang mampu aku titip
Hingga aku terjebak
Dalam cinta yang meragut jiwa

Tak mampu aku cerita
Apa sebenarnya terjadi
Selepas diri kau menyepi
Aku sendirian menghadapi
Keadaan yang menyeksa jiwa

Namun tiba-tiba
Engakau muncul kembali
Memberikan jawapan apa yang terjadi
Tetapi semua sudah terlambat kini
Hati dan rasa sudah mati

Sekali lagi kita hanya mampu menyepi
Hanya berhubung saat rindu datang menyapa
Saat ingatan kembali dijiwa
Saat rasa mengoncang jiwa

Namun yakdir ALLAH
Menemukan kembali kita
Ditempat yang berbeza
Dengan keadaa yang tak sama
Kita kembali menyulam cinta

Kau kini insan yang berbeza
Insan yang aku tak kenali
Begitu juga aku
Yang banyak berubah kini

Kini kau bijak dalam menyusun kata
Matang dalam melontar bicara
Tahu memilih jalannya
Segalanya sudah berbeza

Kau kembali mencambah rasa
Rasa yang pernah kau campak
Tanpa sebarang kata
Rasa yang kini membuat aku bahagia
Lebih dari segala

Terima kasih cinta
Terima kasih sayang
Kau hadir membuang derita
Walaupun adakala kau terluka

Maafkan diri bila belum mampu
Membuang rasa dalam hati
Pada insan yang tak menghargai
Yang hanya melukai

Terimalah aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang punya rasa dan jiwa yang sama
Seperti kau juga

Percaya pada ketentuannya
Percaya pada jalannya
IN SHA ALLAH cinta dalam hati
Akan menjadi yang halal
Suatu hari nanti
Aaminn...

No comments: