Sunday, 16 November 2014

Sharing..



Assalammualaikum..

Jarang sangat sekarang aku nak ada masa update entry untuk blog aku ni.. kesibukan melanda dengan kesihatan diri yang kejap up and down.. harini aku nak update pasal sharing.. apa yang aku nak sharing?? bilang cakap pasal sharing.. banyak benda kita boleh nak sharing kan.. sharing atau bahasa melayunya kongsi.. idea ni tercetus bila aku sembang santai katenya dengan akak rumah aku yang agak aku rapat kak su..

Banyak benda yang kita orang kongsi.. pengalaman hidup.. apa yang dia penah rasa dulu dan sekarang dan macam tuh jugak aku.. dia nasihatkan aku, aku nasihatkan dia apa yang boleh itulah perlunya sharing.. tak semua benda kita boleh nak pendam sorang dan tak semua orang boleh tahu apa yang kita rasa dan ada part mana sesetengah orang tak perlu tahu certain cerita full version sebab kadang-kadang melibatkan hati dan perasaan kan.. huhuu..


Bila kita kongsi satu cerita kita akan tahu kekuatan orang lain menghadapi masalah diaorang and kat situ kita akan pandang diri sendiri dengan cakap orang lain boleh hadapi kenapa kau tak boleh.. sabar dan doa.. tu kekuatan.. teringat kata kawan kak su..

Bila kita tak dapat buat pilihan dan keputusan maknanya kita dah jauh dari dia.. jauh sangat.. jadi semua benda akan berbalik pada DIA yang satu.. hanya dia yang MAHA MENGETAHUI setiap perjalanan dan ketentuan yang sedang kita jalani dan hadapi.. andai langkah kita tersasar dari landasan mungkin ada sebab nya sebab kita hanya insan biasa bernama manusia.. andai tersasar.. kita betulkan peluang sentiasa ada tapi masa akan sentiasa berlalu... gunakan sebaiknya kerana adakala satu saat yang kita sia-siakan dulu sepatutnya saat berharga buat kita semua..

Renungan untuk semua.. dan peringatan buat diri aku sendiri jugak...

No comments: