Wednesday, 19 November 2014

Hak Cipta Terpelihara..



Assalammualaikum..

Hak Cipta Terpelihara.. bila mention pasal ni mesti semua orang akan faham.. sesuatu benda yang dicipta tak boleh di tiru 100% sama.. kalau tiru pun nama akan diubah and akan ada jugak la sedikit perbezaan sebab nya hak orang yang mencipta..

Kenapa topik ni yang aku bangkitkan harini ? sebab aku rasa benda yang sama atas kesilapan aku sendiri aku shared karya aku sendiri yang akhirnya boleh di copy and paste and shared tanpa kebenaran aku pun..


Aku bukan nak bergaduh ke apa.. ini adalah karya aku yang aku shared kat insta and di link kan ke facebook.. aku tak sangka lak boleh dijadikan bahan macam ni.. dia buat macam karya dia sendiri.. tak mintak izin aku sendiri pun.. aku dah cakap ini hasil kerja aku.. and dia patut hormat tuh.. dalam masa sama aku kenal lak budak perempuan ni.. aku nak tegur lebih-lebih ada bergaduh.. tapi hak aku.. dalam masa sama aku pun lupa nak letak watermark aku sendiri.. then dengan senang-senang orang boleh ambil..

Marah, sedih, terkilan semua rasa ada dalam hati aku ni.. penat aku susun ayat penat aku susun kata... akhirnya orang buat benda ni jadi seolah-olah dia yang buat.. tergamam jugak aku and banyak kali jugak aku baca takot tersilap pandang.. tapi.. aku tak silap.. ni memang hasil karya aku.. and macam nak luruh hati aku..

Atas nasihat kawan-kawan aku.. aku secure aku punya blog supaya tak boleh copy.. segalanya terpelihara.. peringatan buat diri.. lain kali jangan cuai and lalai.. :'(

No comments: