Wednesday, 8 October 2014

Salam AidilAdha Yang Terlewat..



Assalammualaikum..

Disebabkan kesibukan dan kekangan waktu.. ttak dapat aku nak kongsi pasal raya aidiladha aku tahun ni.. agak lewat jugak aku nak post pasal ni.. huhu.. sibuk macam aku ni perdana menteri pulak kan.. hahaha..

Macam mana sambutan aku tahun ni? tahun ni sambutan aidiladha kat tempat aku tak semeriah tahun lepas.. mungkin tahun ni sebab banyak sangat tragedi, so tak suasana raya pun jadi kelam.. tak tahu kenapa..


Tapi yang pasti.. satu benda wajib setiap tahun aku mesti nak makan sup tulang dekat kampung aku.. pergh.. lazatnya tak payah cakap.. rasa dan pekat kuahnya memang tak sama dengan tempat lain.. huhu..

Disebabkan kampung dengan rumah aku tak la jauh mana.. setakat sejam perjalanan.. aku sekeluarga balik kampung pun lewat sikit.. malam pulak ada makan-makan bbq dekat rumah mak cik sedara aku.. seharian perut penuh dengan makanan yang akhirnya berakhir ditandas rumah jugak... hahahaha..

Hari yang sama jugak jatuhnya hari lahir nenek kesayangan aku yang sangat rock.. walaupun cucu gurau kasar.. nenek aku pun sama naik... nenek rock.. and terbaik.. kak ngah doakan nenek panjang umur dan sihat sentiasa yer nek..

Apa yang dapat aku cakap.. raya haji tahun ni suram.. in sha ALLAH mungkin tahun depan lain pulak suasananya kan mana kita tahu..


No comments: