Thursday, 16 October 2014

Nikon D3100.. Permulaan Baru..



Assalammualaikum..

Nikon D3100.. kamera baru fuyooo.. itulah ayat orang yang dapat tahu bila ejam hadiahkan aku kamera ni.. bukan aku meminta mahupun memaksa... dengan rela dan ikhlas die memberi untuk mengubat kesunyian hati dan membuat aku tersenyum gembira.. terima kasih..

Minat ker aku pada kamera? haha.. jawapan : sangat minat, teramat!.. hahaha,, tapi belum berkemampuan.. and inilah yang dinamakan rezeki.. perlahan-lahan segala impian aku dah pun dapat dicapai.. alhamdulillah..


Tergamam diam seribu bahasa.. tak tahu nak cakap macam mana.. yang pasti tak mampu nak balas dengan kata terima kasih... tak cukup semua tu... tapi aku gembira sangat.. aku suka sangat tengok gambar yang ade cerita disebaliknya.. so minat aku pada photography memang dah lama.. cuma tak ada barang dan juga guru.. nasib baik ada abang ofis aku ni yang juga photographer aku ambil sedikit ilmu dari dia.. dan dia pun tak kedekut malah suka sangat aku nak belajar dengan dia.. yelah bidang dia kan.. hehe..

Perlahan-lahan aku kumpul kemahiran.. pada dasarnya nampak tamak... tapi aku nak menguasai tak banyak sedikit pun jadi buat ilmu dan bekalan masa hadapan.. sebab sekarang pendidikan bukan lagi satu tahap untuk menilai kepandai atau apa pun.. kemahiran yang lebih penting sedangkan tokoh-tokoh terkaya dan berjaya bukan lah dari golongan bijak pandai tapi golongan berkemahiran tinggi.. dari apa yang aku nampak la..

Bila kita banyak kemahiran banyak benda yang boleh kita buat dan rancang ada je benda boleh kita buat dengan kemahiran yang kita ada.. in sha ALLAH aku akan cuba gunakan yang peluang yang baik untuk benda baik..

update cuma nak cakap thanks jer kat ejam.. tapi melarat lak bercerita.. inilah yang terjadi bila jari jemariku menari atas keyboard.. tak boleh berhenti..

#thanksalotuntuksemuayangindahni

No comments: