Wednesday, 15 October 2014

Lelah..


LELAH

Aku lelah
Bila aku sentiasa mengalah
Aku lelah
Bila dengan mudahnya aku kalah

Aku lelah berdiri disitu sentiasa buat dirimu
Namun kau tidak pernah sekalipun
Melihat aku yang berada disitu
Menyedari akan kewujudanku

Aku lelah bila kau masih tidak mampu
Melupakan kisah lalu dirimu
Sedangkan kini aku sentiasa disisi
Yang sentiasa membantu untuk kau berdiri

Aku lelah untuk bertahan
Lelah untuk melawan perasaan ini
Perasaan untuk menyintai
Perasaan untuk merindui
Sedangkan kau tidak pernah menyedari

Maafkan diri ini
Terlanjur menyintai dirimu
Sedangkan aku sendiri tahu
Aku tidak layak menyintai
Insan seindah mentari

Aku tidak punya apa
Yang aku punya hanya cinta
Cinta tulus untuk membuatmu bahagia
Menghilangkan derita yang ada

Izinkan aku menyusun langkah
Untuk mendekati
Untuk menghampiri
Hatimu yang telah lama terluka
Dek kerana setia

Izinkan aku membasuh luka
Agar segalanya kembali ceria
Agar tiada lagi lelah
Dan tak akan mudah aku mengalah
Mengaku kalah
Menawan cintamu yang indah


Nukilan khas :

No comments: