Friday, 10 October 2014

Kenapa Baru Sekarang?



Assalammualaikum..

Kenapa baru sekarang?? ye itulah tajuk yang aku nak ceritakan harini.. zaman sekolah menengah aku mungkin tak semanis orang lain.. waktu sekolah dulu adalah benda yang aku tak nak ingat sangat sekarang.. sebab apa? sebab banyak yang pahit dari manis.. itulah hidup aku yang aku kena lalui..

Bermulanya hidup aku masuk sekolah menengah aku kehilangan kawan baik aku.. hanya kerana mulut orang lain.. pergaduhan kecil yang jadi besar, jiwa memberontak, zaman bercinta monyet, punca aku hilang semua kemanisan tu..

Jujur aku katakan yang aku sangat la tak mengikuti perkembangan  fesyen ke apa yang menampakkan aku remaja yang trend yang buat orang main-mainkan aku.. dulu aku sanggup kena marah semata nak ikut akak angkat kononnya pergi bandar.. akhirnya aku dapat tahu.. akak angkat aku tu just nak tengok gaya aku pergi bandar je.. cara aku dress up dan akhirnya benda tu memalukan aku sendiri.. serius maruah aku macam kena pijak.. tapi aku je yang rasa benda tu..

Kedua, bila kawan aku sendiri nak berkenalan dengan sepupu aku.. akhirnya aku yang terheret dalam hubungan diaorg dengan cakap aku ni nak main-mainkan kawan aku sendiri.. kau yang nak bercinta dan kenal kenapa aku terheret? habis semuanya dicakap salah aku... macam-macam gelaran digelar.. bila ingat balik aku malu jadi diri aku sendiri..

Ketiga, aku kena serang dengan pakwe orang.. aku ingat lagi.. aku kena tendang kat kaki aku dengan lelaki.. aku tahan malu, aku tahan sakit.. seriusly.. aku malu giler.. macam-macam aku kena.. kalau kena serang tu tak payah cakap la.. ada gaduh sebab lelaki.. bila aku fikir balik.. salah aku ke semua tuh? jahat sangat ke aku..

Ni semua aku rasa waktu aku sekolah dekat SMK YONG PENG.. sekolah yang aku rasa aku tak nak berpaling lagi.. banyak duka dari gembira.. banyak sengsara dari ketawa.. tapi kenapa baru sekarang pulak semua budak yang sekolah dulu yang banyak cakap pasal aku yang fitnah aku buatkan aku jatuh tersungkur teruk datang nak add aku kat FB.. kau tak suka.. kau kutuk.. lepastu kau datang cari balik.. tengok sekarang siapa yang jilat siapa.. agak kasar tapi ini yang terpendam..

Ya aku akui aku memang accept diaorang semua jadi friends aku kat FB.. sebab.. aku nak diaorang tengok kehidupan aku sekarang dah lain.. azmiera dulu bukan azmiera yang sama diaorang kenal.. azmiera yang hodoh.. yang diaorang cakap macam-macam.. at the end.. kehidupan diaorang yang macam mana sekarang.. mungkin ini kifarah buat diaorang yang cakap buruk pasal aku..

Berdendam? yes aku berdendam.. sebab aku tak dapat kemanisan remaja aku disebabkan diaorang.. aku tak ramai kawan.. aku ramai yang membenci.. so apa yang diaorang harap? aku lupakan? aku maafkan.. diaorang kejar aku sekarang sebab dengan siapa aku ada sekarang.. dengan ejam.. itulah sebabnya and sekarang diaorang nak stalker aku silakan tapi jangan cemburu dengan kehidupan aku sekrang yang jauh lebih baik and terima kasih buat aku jadi kuat yer..

aku bersyukur dengan ujian yang ALLAH beri.. aku redha.. tapi untuk memaafkan bukan cara aku..



#sekaliakusayangsampaimatiakusayang
#sekaliakubencisampaimatiakubenci

No comments: