Thursday, 16 October 2014

Hari Yang Dinanti..



Assalammualaikum..

Entry harini aku nak tulis pasal hari yang dinanti? apakah? aku nak kahwin ke? hahaha.. memang tak la kan.. ok.. esoko 18/10/2014 adalah hari dimana berkumpulnya kembali budak kelas PKA2 (Pengajian Kejuruteraan Awam) Sekolah Teknik Port Dickson..



Budak kelas aku ni tak lah ramai mana.. dalam 18 orang jer.. yang dapat pergi ni pun dalam 10 orang jer.. ada yang hadapi masalah dan hal yang tak dapat dielakkan.. tak apalah kan.. teruskan je apa yang dirancang.. kalau nak tunggu semua ada memang susah memanjang.. hahaha...

Atas tu gambar aku dengan dak kelas aku.. cuba la cari aku.. dan seriusly sangat berbeza dengan yang sekarang hasil penggunaan produk dan jugak colagen tambahan yang aku ambil.. hahaa.. mengaku kan.. apa salahnya untuk cantik.. cantik ke?? hahaha ( mata diatas tangan dibahu).. haha..

Aku dekat kelas? aku ni tak ada la rapat mana dengan dak kelas aku.. aku suka dengan dunia aku dan buat hal sendiri jer.. so jarak antara aku dengan dak kelas aku sangat la jauh beribu batu.. kawan yang paling aku rapat pun sorang jer... FARAH.. haha.. sadis betul kehidupan aku ni.. haha..

Reunion yang pertama kalinya ni akan di adakan dekat kuantan pahang... jauhnya? yeer sangat jauh.. sambil menyelam minum air.. cuci mata... jauh dari segalanya... tak ada lah nak mengadap bandar KL ni kan.. huhuhu..

aktiviti utama kami apa lagi.. BBQ... yang lain tuh sampingan... macam karaoke, bowling, mandi sungai.. hahaha.. aku layankan jelah... aku pulak akan jadi camerawoman kat sana dengan mereka-mereka ni.. harap lah boleh enjoy..

Perjumpaan kali ni nak buang segala yang keruh dulu la kan.. dah besar.. bila ingat balik kelakar pun ada.. bergaduh.. hahaha..


Ni adalah gambar terakhir kelas aku waktu jamuan kelas tingkatan 5.. baru lepas main baling selipar.. so.. apa pulak yang bakal diadakan kat sana? tunggu masa jelah kan... haha.. tak sabar menunggu besok.. harap segalanya dipermudahkan.. aaminn..


No comments: