Thursday, 2 October 2014

Annabelle...



Assalammualaikum..

Entry harini.. apa yang aku nak share pasal annabelle.. siapa Annabelle? sepupu aku ker? hahaha.. tak adalah.. okeh.. kalau si kaki wayang mesti akan tahu la semalam cerita ni keluar dekat wayang.. dan malam tadi aku pun pergi la tengok dengan akak rumah aku.. kak suraya dan member die... kak amy...


Pada yang dah tengok cerita THE CONJURING.. cerita Annabelle ni cerita yang terjadi sebelum berlakunya The Conjuring... gitu.. hahaha.. dah macam mak jemah bercerita kan.. ke aku tengah buat presentation ni?? hahaha..

Filem ini merupakan spin-off dari 'The Conjuring' yang akan mengisahkan tentang anak patung bernama "Annabelle". Mia merupakan isteri kepada john dan surirumah sepenuh masa, satu hari john menghadiahkan Mia dengan sebuah patung yang dah lama dicari oleh Mia untuk dijadikan hiasan di bilik baby yang bakal lahir. Pada malam setelah kedatangan anak patung tersebut secara tiba-tiba terjadi suatu kejadian ngeri. Pada hari yang sama jugak Mia terdengar jeritan dari rumah jirannya dan menyuruh John untuk pergi melihat keadaan jirannya. Jirannya mati dibunuh kejam. Mia turut diserang, dan penyerang itu merupakan anak gadis jirannya yang sudah lama hilang dan mengikut ajaran sesat. Anak gadis jirannya yang bernama ANNABELLE HIGGINS mati dengan bunuh diri sambil memeluk anak patung yang baru dihadiahkan oleh suaminya.

Setelah kejadian kejam yang terjadi pada jiran dan juga dirinya, Mia dan John memutuskan untuk pindah bersama dengan anaknya yang baru lahir. Setelah berpindah ke rumah baru, mereka terkejut melihat anak patung yang dipeluk Annabelle semasa dia mati turut terbawa semasa berpindah sedangkan John dah pun membuang anak patung tersebut. Pada mulanya  John dan Mia tak mahu berfikir jika kejadian sebelumnya itu disebabkan oleh Annabelle. Namun semakin lama, roh Annabelle yang berada didalam anak patung tersebut mengancam anak John dan Mia. Adakah mereka selamat dari kejadian tersebut?

So amacam plot cerita? ok x? ulasan aku bagi cerita ni.. cerita ni terlalu singkat.. duration dia 1 jam 30 min sahaja.. dan sangat la tidak puas.. plot cerita dah ada.. tapi tak di kembangkan lagi.. aku bagi 3 bintang je dari 5.. huhuhu... and The Conjuring lebih best dari cerita ni.. honestly la..

So siapa yang berminat... boleh la cepat-cepat dapatkan tiket wayang yer.. hahaha... jangan terpengaruh dengan apa yang aku ulas.. alami sendiri.. mana tahu taste korang lain ke kan... huhuhu...  selamat menonton..

No comments: