Thursday, 11 September 2014

Selongkar..

Assalammualaikum.. harini aku nak post pasal selongkar.. apa yang aku selongkar?? Dah berapa hari dah aku selongkar benda ni.. baru aku nak update.. hahaha..

Aku selongkar twitter aku sendiri.. ape yang aku jumpa?? dalam senarai pic twitter yang aku post ada pic aku dengan dia.. dia siapa? haruslah aizad izwan... dulu-dulu mana lah ada kisah aku dengan MrAirforce aku tuh..

Terdiam jugak aku sekejap dengan caption yang aku sendiri tulis... pic anniversary aku dengan dia.. selamanya aku dengan dia.. then mula la... tiba-tiba ada lagu latar kat belakang.. lagu sedih.. and tiba-tiba fikiran melayang mengenang kembali memori daun ketupat palas tau.. hahaha.. drama sangat..

Seriusly aku sangat lupa pasal pic dekat twitter sebab aku fikir aku dah padam semua.. pada fizikal.. luaran.. ye memang aku boleh padam semua.. tapi memori daun ketupat palas tuh? hahaha...


Aku bukan setakat cuba dah tahap struggle dah untuk lupakan.. tapi hati kan? tu la orang cakap.. cinta ni gila.. yang menyakitkan tu lah yang akan kita kejar dan ingat... yang bahagia dan depan mata tak hirau sampai la terlepas semuanya..

Aku? andai dah takdir aku untuk bahagia tu tak ada.. aku redha.. kalau Mr Airforce mula give up untuk tunggu aku... aku faham sangat dah... sebab siapa la sanggup bersabar kan.. tapi andai sebaliknya.. alhamdulillah la... :)



In sha ALLAH aku akan cuba untuk buang perasaan ni.. walaupun ada sahaja halangannya.. bermacam dugaan bila aku nak lupakan.. terbau minyak wangi die la.. nampak org pkai beg sama mcam dia la.. jumpa org muka seiras la.. fikiran terbayang kemanisan aku dengan dia dulu la.. tiba-tiba benda tu datang.. and bila je semua benda tu datang.. aku akan doakan dia jugak melupakan aku and bahagia dengan makwe die.. sentiasa fikir macam tu so akan cepat la aku lupakan... :)

Semua pic tu bialah.. aku tak nak padam.. bukan untuk diingati... untuk tnjuk aku kuat untuk pamerkan kisah aku yang dulu.. sebab tak ada apa yag perlu aku sorok.. aku pernah bahagia dengan dia dulu.. and bialah memori tu kat situ...:)

Aku kuat dan aku tahu tu...

No comments: