Tuesday, 16 September 2014

Reunion..



Assalammualaikum..

Topik harini... reunion.. reunion apa ye? hahaha.. ok.. reunion bsekolah menengah aku dulu... sekolah tekni. PD.. sgt2 la excited.. setelah sekian lama,,, dekat 4 tahun jugak la kan tak berjumpa and berkumpul.. mana ada yang terjumpa and terstudy satu tempat pun nak jumpa susah.. macam aku dengan daus and amoi.. hahaha.. amoi?? mesti ingat perempuan.. dia lelaki tapi oleh disebabkan keputihan kulit die yang macam amoi tu.. timbul la panggilan amoi.. huhuhu..

Sebenarnya dah banyak kali jugak merancang.. tapi tak pernah menjadi.. disebabkan kesibukan... cewah.. macam sekarang tak ada life lain pulak kan? haaha... of coz ada cuma tak se busy dulu... ramai antara kitaorag dah habis study and bekerja.. so boleh la kan...

Trip yang dirancang ni katanya nak kumpul dekat BUKIT CERAKAH.. seronok ke? hahaha.. seronok katanya... budak ni ramai dah survey tempat.. aku as usual aku follow jer.. aku memang jenis macam ni.. hahaha...

Dekat bukit cerakah dia orang kata ada rumah 4 musim, boleh cycling.. byak lagi la.... keterujaan aku terserlah dengan dah macam muka tapir senyum dah.. hahaha... 


Disebabkan aku pun tak pernah pergi.. aku culik la gambar ni dekat google.. huhuhu... macam-macam kan ada dekat sini.. tak sabar rasenya nak pergi.. 18/10 ni berkumpul la kembali budak Civil Engineering Teknik PD 2009/2010...

Semua dah lain.. semua dah berubah.. makin cantik.. makin gojes.. aku jer tak berubah.. still macam tu.. segan pulak aku nak pergi.. rase rendah diri sangat.. huhu... tak apalah.. jadilah jelah apa adanya aku kan.. hehehe..

Semoga pertemuan ini dipermudahkan dan segala kekusutan dulu terhapus dengan pertemuan ni.. aaminn.. :)

No comments: