Monday, 8 September 2014

Membina Tapak...

Assalammualaikum... harini apa yang aku nak post? ak nk post psal membina tapak? yup... minggu lepas baru je kawan rumah aku merangkap kawan poli aku bertunang and in sha ALLAH tak ada aral melintang dia akan tamatkan zaman bujang dia hujung bulan 11 ni..

Hujung minggu ni pulak.. member baik aku merangkap member satu poli, membe satu rumah waktu belajar dulu... bertunang jugak and in sha ALLAH akan tamatkan zaman bujang dia tahun depan..

Bila aku bukak Fb pulak.. ramai sangat kawan2 sekolah lama and sekolah teknik... semua yang sebaya and tua setahun dah mula mendirikan masjid... haha... alhamdulillah... jodoh and seru mereka dah sampai...

Aku?? Ramai jugak yang bertanya pasal aku.. bila lagi? bila and bila? hahaha... untuk jawapan pada soalan tu? siapa la tak nak semua tu.. rasa nikmat berumah tangga kan? hahaha... cuma aku lambat lagi je... mungkin dalam 5 tahun lagi..

Kenapa? sebab aku punyai impian aku sendiri.. ade benda yang aku perlu kejar.. ade banyak benda aku perlu tunaikan... belum cukup rasanya aku balas jasa mak ayah aku... tunggu lah.. ak belum sedia..

Kepada yang sedang membina tapak and yang sudah pun membina tapak orang sekeliling aku... aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat... dapat anak comel2.. hehehe..

In sha ALLAH.. ALLAH dah susun yang terbaik untuk aku.. aku percaya tu...


No comments: