Monday, 22 September 2014

Jiwa..


JIWA

Ku keseorangan lagi
Ku mencari jiwa yang kini pergi
Tiada erti lagi aku disini
Andai jiwa aku mati..

Bukan aku tidak berusaha mencari
Tapi segalanya semakin laju berlari
Sehingga tidak mampu aku capai lagi
Cinta yang dulu bercambah dalam hati..

Bukan kau tidak sempurna
Malah kau lebih dari segalanya
Lebih layak kau memberi cinta
Pada insan yang tahu maknanya..

Hatiku pernah terluka
Aku silap dalam menyusun kata
Tindakan aku merosakkan segala
Jiwa dan lara semakin tersiksa..

Tidak sanggup rasanya menambah luka
Luka dihati orang sekeliling kita
Yang berharap kita bersama
Hingga ke syurga hendakNya..

Namun apakan daya diri
Bila aku tak mampu lagi berdiri
Berada disisimu lagi
kerana semuanya telah mati..

Bukan mudah aku menghampar cinta
Cintaku pernah dikhianati
Diriku pernah diperjudi
Hati selalu disakiti..

Mungkin aku terlalu mementingkan diri
Tanpa memikirkan perasaan dan hati
Sakit yang kau alami
Maafkan diri ini..

Aku perlu mencari kembali
Separuh jiwa ku yang pergi
Separuh diri yang hanyut sepi
Kerana keseronokan duniawi..

Kita tersilap dalam buat keputusan
Keputusan untuk hidup bersama
Kerana rasa mungkin tidak lagi sama
Seperti saat kau pergi tanpa kata..

Maafkan aku
Merobek mimpi yang kau anyam
Meranapkan istana bahagia yang kau cipta
Aku harus lakukan sebelum ianya bernanah luka..

Maafkan aku
Melemparkan harapan
Mengukir janji
Yang akhirnya aku sendiri khianati..

Aku tahu harapan kau setinggi langit
Untuk jadikan aku yang halal disisi
Tapi ianya perlukan dua hati
Bagaimana ianya akan terjadi dengan satu hati?

Begitu banyak pengorbanan yang kau beri
Tiada satu yang kau hargai
Kau cuba jadi yang terbaik
Tetapi segalanya tetap tidak dihati..

Aku bukanlah pencinta terbaik
Untuk ada disisi orang terbaik
Cinta kau terlalu bererti
Untuk seseorang seperti aku ini..

Aku lakukan semua ini untuk kebaikan
Sebelum lebih banyak harapan
Lebih banyak janji yang dimungkiri
Aku perlu melangkah pergi..

Hinalah diri ini
Caci makilah diri ini
Andai itu yang seharusnya kau beri
Aku terima dengan rela hati
Kerana kesilapan diri sendiri..

Jiwa ini kadang rumit
Mencari yang tak harus dicari
Menolak apa yang perlu dihargai
Maafkan sekali lagi..

Terima kasih untuk rasa yang kau beri
Untuk keikhlasan yang kau bagi
Untuk kasih sayang yang tak tertandingi
Terima kasih wahai si pencinta hati..

Ikhlaskanlah perpisahan ini
Aku doakan yang terbaik
Untuk kau dan diri ini
Semoga segalanya bertemu penamatnya
Satu hari nanti
Dan andai saat itu aku dah tiada lagi
Halalkan segalanya yang pernah kau beri..




Nukilan Khas:

No comments: