Thursday, 18 September 2014

Happy Birthday..



Assalammualaikum..

Happy Birthday.. hanya mampu aku ungkap dan ucap dalam hati sahaja.. apa kena mengena ek?? hahaha.. birthday siapa??? hahaha.. semalam 17/9 birthday si dia.. AIZAD IZWAN MOHD FAUZI... salah ke aku nak wish? saat hari penting dia??

Sejujurnya.. selama aku mengenali dia.. tak pernah sekali pun birthday dia yang aku sambut kn.. macam buat suprise ke.. belikan apa-apa ke.. mesti setiap kali birthday dia.. aku dalam kesusahan dan tak mampu gembirakan dia... itulah sebab nya.. aku teringat nak wish dia..

Setiap kali birthday aku.. dia lah yang pertama akan fikir nak beli ape. bagi ape, nak buat suprise macam mana.. aku tahu semua tu dari budak-budak ni.. teringat lak suprise birthday yang dia buat untuk aku.. serius aku sangat terharu..

Benda terakhir aku bagi pada dia yang berharga dan mahal.. wallet jenama CAMEL ACTIVE.. gaji pertama aku kerja parkson aku belikan untuk dia.. khas untuk dia.. itu sebab lah bila ejam cakap pasal wallet.. aku memang nak belikan untuk ejam bila dia mengadu wallet dia dah rosak.. tapi aku tak nak la.. apa benda yang aku buat untuk aizad semuanya sama.. biarlah dia dapat yang lain dari aku.. bukan yang sama macam aizad dapat...


Semalam genap la umur dia yang ke 22... semua orang halang aku dari wish birthday dia.. tapi kedegilan aku nak jugak wish pada dia... tanpa pengetahuan sesiapa.. hanya ejam je yang tahu.. and dia ingatkan aku benda yang aku akan buat pada dia bila birthday dia.. benda simple tapi bermakna bagi dia.. mungkin.. huhuhu

Tapi.. mungkin jugak awek dia dah buat something special untuk dia... kan?? aku doakan yang terbaik untuk dia.. dan semoga dia akan kuat untuk lupakan aku.. aaminn..

Apa pun aku harapkan yang terbaik untuk hidup dia.. aku sayang kau sebagai kawan aizad izwan... 

No comments: