Monday, 22 September 2014

Empty..



Assalammualaikum..

Empty?? Entry aku sekarang sangat suka mengunakan bahasa omputih walaupun hakikat omputih aku tak ada la bagus mana.. try and error la ni.. cewah.. hahaha..

Apa yang aku nak cakap pasal empty atau bahasa melayu nya kosong?? apa yang kosong? yang kosong adalah jiwa raga aku sendiri.. aku tak tahu kenapa, mana silapnya.. perasaan aku dengan MrAirforce(MA) tak sama macam aku dengan Aizad(AA).. walaupun AA menyakitkan aku..

Pada awalnya aku rasa macam mana perasaan tu.. tapi lama-lama perasaan tu pudar.. hanyut entah kemana... tak macam bila aku dengan AA... perasaan tu sentiasa ada walaupun setiap hari depan mata berkepit..

Perasaan berdebar bila nak jumpa.. perasaan malu-malu bila nak cakap benda pelik.. memang dengan MA pun aku malu.. tapi tak sama.. aku tak tahu kenapa.. perasaan ni dah lama... tapi aku mencuba..

Terlalu cepat ke hubungan aku dengan MA sampai aku rasa macam ni?


Aku rasa sesuatu yang hilang.. aku pun tak tahu kenapa.. dah terlalu jauh hubungan ni untuk aku berhenti... bagi ruang pada hati sendiri.. aku takut.. semua benda macam dalam keadaan salah sekarang ni... Minggu lepas baru je aku jumpa dia.. tapi waktu aku jumpa dia.. saat aku cuba nak dapatkan kepastian.. benda sama aku rasa.. kosong.. tak rasa apa-apa.. iya aku ketawa, aku gembira,, tapi keadaan tak sama... perasaan ni memang gila sangat..

Terlalu banyak sangat benda yang dia bagi pada aku.. sampaikan orang cakap dia tabur duit pada aku... aku tak mintak semua tu.. kadang-kadang kerisauan dia yang tak nak tengok aku susah buat dia macam tu.. dia cuba bagi yang terbaik untuk aku sebab dia tak sentiasa ada dengan aku.. tapi orang cuma mampu lihat luaran je.. tak apa aku faham.. aku pun penat nak tutup mulut orang..


Kadang-kadang bila orang tanya dan cakap benda ni pada aku.. ada jawapan lain disebaliknya... semalam.. nadia cakap benda sama macam bob pernah cakap.. aku kurus bukan sebab kau kurus.. tapi sebab aku banyak masalah.. aku banyak memikir.. betul ke?

Aku perlukan masa untuk sendirian ke? mungkin jugak.. banyak kesilapan yang aku buat yang buat jiwa aku tak tenang.. malam aku tak lena.. mungkin aku patut pergi.. pergi untuk menyendiri..


Semoga ALLAH bagi aku petunjuk.. untuk diri aku sendiri.. untuk hati aku sendiri.. mungkin aku dah terleka dengan dunia sampai aku rasa jauh dariNYA.. semoga segalanya kembali pada dulu... aaminn..

No comments: