Tuesday, 26 August 2014

Pendam..

Pendam..

Pendam
amat payah untuk aku leraikan mahupun terangkan
memendam untuk menjaga hati
atas dasar mengalah
aku memilih untuk pendam
berdiri diam
aku tetap tunduk mengalah
demi insan yang aku sayang
yang amat aku hormati
tapi ternyata sia-sia
bila ianya tidak dihargai
tak dipandang walaupun sekali
yang dilihat, disanjung
hanyalah insan yang pernah melukai
melukai hati mereka sendiri
itulah yang sentiasa mereka sanjungi
walaupun hanya diri ini yang menangani
yang menghadapi
setiap perbuatan insan yang mereka sanjung
hanya yang mereka pandang hanya dia
 kerana aku melukai perasaan dia sedikit
aku dijadikan bahan ungkitan
segalanya diperkatakan
segalanya salah pada matanya
salah pada mata mereka
aku pergi membawa hati
pergi membawa diri
menjaga hati sendiri
agar tiada yang tersakiti
agar tiada yang terluka lagi
aku tahu walaupun aku pergi
tak akan ada yang datang mencari
sebab aku tidak dihargai
tak mampu menandingi
yang seorang lagi
biarlah aku pergi
perlahan-lahan berlari
manjaga apa yang penting untuk diri
maafkan kesilapan diri
andai ada yang pernah dilukai
tidak terlintas untuk melakukan begini
tetapi tulus dari hati
biarlah aku pergi..

No comments: