Wednesday, 20 August 2014

Inspirasi Dari Andai Hatiku Bersuara



ANDAI HATIKU BERSUARA

Andai hatiku bersuara
Pasti banyak yang terluka
Kerana tidak pernah menyangka
Apa yang selama ini aku rasa
Seperti insan biasa
Aku juga ingin merasa
Merasa untuk bahagia
Sukar untuk aku cerita
Kisah hati yang penuh duka
Pernah terluka
Pernah di dua
Sakitnya hanya aku sahaja yang rasa
Orang lain hanya mampu tertawa
Melihat aku menanggung sengsara
Namun senyuman masih mampu aku pamer untuk mereka
Mendoakan mereka bahagia
Menunjukkan aku mampu berdiri tanpa mereka
Meneruskan kehidupan yang penuh seksa
Walau hati terluka menanggung sengsara
Aku tetap bahagia seadanya
Kerana segalanya mematangkan aku
Untuk tetap berjalan meneruskan  kehidupan
Yang beronak dan berliku
Tanpa sesiapa yang mengetahui
Apa yang tersimpan dalam hati ini..

No comments: