Tuesday, 19 August 2014

Hanya Kami Yang Memahami...

Assalammualaikum.. Entry harini aku nak update pasal aku dan mr.AirForce aku la... hehe.. psal ape? hanya kami yang tahu.. eceh tajuk dah macam novel tak siap and drama yang tak laku... hahaha...

Semalam boleh pulak kan aku dengan die berlawan puisi... hahaha.. puisi ke??? ceh.. ayat cincai mancai nak kata puisi.. bak tajuk aku harini... hanya kami yang tahu.. hahaha... okeh jom bace puisi yang tak seberapa ni.. hahaha

Aku : 

Lelaki
Mudah sungguh kau menabur janji
Dengan begitu mudah kau memungkiri
Apakah memang sudah begitu lumrahnya lelaki
Aku pernah menyintai
Tetapi cintaku dikhianati
Kebaikan sering disalah erti
Atau aku yang tak mampu memahami
Adakah begini takdir diri
Hidup sentiasa diselubungi sepi
Hingga serik untk menyintai lagi
Apakah hati ini untuk disakiti dan dilukai
bukan untuk dilindungi dan dihargai
Mungkin benar kata pujangga sakti
Bahawa cinta lelaki sukar untuk dipercayai
Kerana ia mampu membunuh cinta dalam hati

Dia:

Wanita
Cintamu sejati
Bermula cintamu dari hati
Namun tidak kah kau mengerti
Cinta lelaki itu
Bukan hanya menabur janji
Dan bukan pula untuk menyakiti
Tapi cinta lelaki
Untuk orang yang betul-betul dia sayangi

Aku:

Andai tiada peluang diberi
Apakah nasib cinta si lelaki
Hanya mampu mendiamkan diri
Berdiri sendiri menyesali kesilapan diri
Termanggu melihat si kekasih dibawa lari
Hati yang dinanti dibiarkan sepi
Adakah begitu nasib diri

Dia:

Peluang yang diberi
Menjadi keinsafan diri
Untuk terus berdiri
Menegakkan cinta sejati
Si kekasih berlari pergi
Telah kembali
Alangkah indah rasa dihati
Mampu bercinta sekali lagi
Ku mohon sepuluh jari
Memohon kemaafan yang pasti
Andai dapat menebus diri
Akan ku turuti segala yang dihajati
Biarkan kasih ini
Terus bersemi
Menjadi cerita suatu hari nanti

Aku :

Andai cintamu cinta pasti
Tak ku halang niat murni
Untuk sentiasa berdiri di sisi
Untuk menebus segala kesilapan diri
Menunaikan janji yang tak ditepati
Moga perhubungan ini diberkati
Dengan redha ilahi
Dan keluarga sendiri
Segalanya terserah pada diri
Untuk Menjaganya Nanti

Aaminn... hahaha... tak ada keje saja mencari kerja... nasib baik la mr.AirForce tu boleh nk faham peragai awek die yang pelik ni kadang-kadang.. and layankan je kerenah orang tua yang perangai macam budak-budak ni... maaf ye mr.AirForce... hrap awk xmnyesal.. hehe... :)



No comments: