Thursday, 21 August 2014

Berkabung..

Assalammualaikum.. harini ak nk post entry ak psal upacara perkabungan untuk mangsa MH17.. harini merupakan hari yang suram buat seluruh rakyat Malaysia...


Bagi menghormati harini satu ofis ak pun pkai la pkaian yang ada wrna htam... tak baju yang hitam.. tdug hitam.. ini merupakan satu tragedi yang terburuk kepada negara selepas kehilangan MH370.. pesawat penerbangan kita ditembak jatuh semasa penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.. pesawat penerbangan ini disangka pesawat pejuang oleh kerana konflik dua negara Ukraine dan Rusia... Dengan penumpang seramai 283 dan anak kapal seramai 15 orang.. tiada yang terselamat.. mayat bergelimpangan semasa ditemui... tak mampu dibayangkan keadaan mangsa..

Kes ini msih dalam siasatan, jadi tiada kata ataupun komen yang mampu dilontarkan lagi mengenai isu ini.. cuma satu yang ak ingat kata-kata Tun M.. Secanggih-canggih teknologi ketenteraan sudah tidak mampu kah membezakan antara pesawat penerbangan awam dengan pesawat ketenteraan.. secara logiknya memang itu la yang akan semua orang berfikir.. biarkan sahaja pihak berwajib menguruskan kes ini.. dan semoga ianya selesai tidak lama lagi bagi menuntut keadilan buat keluarga mangsa...

Tak mampu nak digambarkan luluh hati keluarga yang terlibat... Tragedi ini terjadi sewaktu kita masih dalam bulan ramadhan dan sedang menantikan syawal menjelma.. apa pun yang pasti... kita bersama mendoakan mereka yang terlibat tenang di sana,, dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali...



No comments: